Monday, May 31, 2010
Sunday, May 23, 2010
Cadangan guru wajib miliki lesen mengajar perlu penelitian lanjut
2010/05/24
Cuepacs tidak bela semua kategori penjawat awam
2010/05/24
WONG KHOO LA,
Kulai, Johor.
CADANGAN LESEN PERGURUAN
4 LANGKAH MENGURANGKAN BEBAN GURU
- Memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah
- Mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan
- Mempergiatkan sumbangan bekas pelajar
- Mewujudkan persatuan pesara guru
Saturday, May 22, 2010
CUEPACS MOHON PERTIMBANGAN PEMBERIAN BONUS
Cuepacs minta kerajaan kaji pemberian bonus dua bulan
2010/05/22
GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam selepas ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan.Presidennya, Omar Osman, berkata beliau berharap rayuan pemberian bonus itu akan dipertimbangkan tahun ini."Kami faham bahawa pada tahun lalu berikutan kegawatan ekonomi global, kerajaan terpaksa menolak permintaan itu tetapi kami berharap kerajaan akan menimbang semula permintaan kami tahun ini kerana ekonomi negara semakin pulih," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.Beliau berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa ekonomi negara telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini, Cuepacs berharap permintaan bagi pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam akan dapat dipenuhi.
Omar berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula cadangan memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari berbanding 60 hari ketika ini.
"Tempoh 60 hari cuti bersalin sedia ada jelas tidak memadai kepada pekerja wanita kerana kebanyakan mereka cenderung mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak dan menguruskan hal-hal keluarga yang lain," katanya.
Beliau berkata, kerajaan perlu menimbangkan cadangan itu dan walaupun ia telah dibentangkan banyak kali pada masa lalu, tiada sebarang keputusan dibuat sehingga hari ini. "Jika kerajaan fikir tempoh 90 hari terlalu lama, kita harap mereka akan dapat mencari alternatif yang lebih baik daripada tempoh 60 hari cuti bersalin sedia ada," katanya.
Beliau juga menggesa kerajaan supaya mengkaji semula elaun perumahan sebanyak RM80 yang diberikan kepada penjawat awam.
"Saya telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan menaikkan elaun perumahan kepada RM300 dan kami masih menanti maklum balas daripada mereka," katanya. - Bernama
Friday, May 21, 2010
Lesen perguruan untuk guru
KOTA BHARU 21 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya setiap guru di negara ini perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional seperti yang perlu dimiliki oleh doktor atau peguam.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada golongan tersebut.
Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini, jawatankuasa disiplin di kementerian sudah mencukupi untuk menjaga integriti tetapi pada masa sama cadangan itu masih perlu diberi perhatian serius.
"Isu integriti guru menjadi perhatian kementerian bagi memastikan profesion perguruan terpelihara imej dan martabatnya, kalau integriti tercemar, akhirnya orang hilang kepercayaan kepada guru," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-18 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa; Yang Dipertua PIBG SMK Kemumin, Mohd. Noor Abdullah dan Pengetua sekolah tersebut, Fauziah Mohamed.
Mohd. Puad mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru lelaki yang didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.
Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya.
Mohd. Puad berkata, langkah untuk mengeluarkan lesen perguruan itu telah diamalkan di beberapa buah negara seperti di Kanada dan Australia.
"Cadangan ini perlu dilihat dengan teliti kerana kita mempunyai guru yang ramai kira-kira 390,000 orang.
"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini dan merasakan sudah sampai masanya kita melihat lesen perguruan secara serius seperti mana yang diamalkan oleh beberapa buah negara," katanya.
Sementara itu, beliau merasa amat dukacita dengan kejadian yang berlaku di Sarawak itu dan pihaknya sedang menunggu laporan siasatan polis sebelum tindakan lanjut diambil.
Katanya, ia merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan sikap guru yang ada di negara ini.
Thursday, May 20, 2010
Pengajaran lebih kreatif tarikan pelajar
PEMBELAJARAN melalui eksperimen, reka cipta serta penyelidikan yang kini dilaksanakan melalui subjek sains turut meliputi kemahiran hidup dan keusahawanan sejajar pelaksanaan kurikulum baru.
Persoalannya, sudahkah guru bersedia dan adakah mereka mampu melakukannya?
Berdasarkan bebanan guru yang semakin meruncing, tidakkah pelaksanaan ini menambahkan beban dan tekanan selain persoalan sejauh manakah aspek kualiti boleh ditampilkan?
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan berkata, pelaksanaan kurikulum baru itu perlu dilakukan kerana guru pada masa ini perlu lebih inovatif dan kreatif dalam pengajaran.
"Kaedah yang digunakan kini lebih kepada teori, namun pada zaman serba baru ini, cara itu sudah ketinggalan kerana pelajar lebih agresif dalam pencarian ilmu.
Azam berkata, guru berinovasi perlu bersedia kerana cabaran dunia pendidikan kini sebagai tinggi dan sukar.
"Mengendalikan pelajar perlukan persediaan yang kuat, bukan saja emosi tapi juga pengetahuan ilmiah. Guru jangan berpeluk tubuh, sebaliknya perlu 'bergerak' seiring permintaan dunia semasa," kata Azam.